Wednesday, July 30, 2008

kawin kawin kawin....

start jer sem panjang, mule la sibuk nak wat kursus kawin. dalam 1 semester saje ada 4-5 kursus kawin tapi still penuh. nampaknya ramai jugak la yang nak kawin rupanya..
ha! 1 BERITA GEMBIRA wat student yang nak kawin...kursus dah kursus, kawin la pulok kan. biasanya belanja kenduri kawin zaman kita sekarang ni, kalu x cecah 10ribu, memang x sah. 2 kali kenduri, 20ribu kan. so, adala sorang hamba Allah ni nak tolong orang2 yang x banyak wang yang nak kawin. dah x tahan sangat la 2! just bayar 3ribu je sorang, lebihan kos ditanggung pihak berkenaan. syoknya! cepat2 col no ni...013xxxxxxxx kuang3...

Tuesday, July 29, 2008

perjalanan yang memenatkan

Dalam sebuah lagu nasyid, ada dinukilkan bait-bait lirik yang mampu mencetuskan sinar harapan dan semangat ke dalam hati setiap pendengarnya yang disibukkan dengan pelbagai kerja dakwah seharian. Bunyinya lebih kurang macamni ye..."Mengharungi samudera kehidupan. Kita ibarat para pengembara. Hidup ini adalah perjuangan. Tiada masa untuk berpangku tangan. Setiap titis peluh dan darah. Tak akan sirna ditelan masa. Segores luka dijalan Allah, kan menjadi saksi pengorbanan"
Lirik-lirik lagu sebeginilah yang akhirnya menjadi sumber semangat buat diriku yang sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Disaat aku alpa, pasti kucuba bisiskkan hati kecilku supaya mengalunkan lagu-lagu tarbiyah yang meruntun jiwa dan perasaan yang tersemat jauh di lubuk hati.

Tanggal 4ogos 2008, bermulalah program yang dikenali sebagai "Islamic Intellectual Discourse" ataupun dalam Melayunya "Diskusi Intelektual Islam". Melalui program inilah, penggerak utama program termasuk aku akan menuai benih yang telah disemai sejak sekian lama melalui perjalanan program yang akan bermula tidak lama lagi. Perancangan untuk menjayakan program ini telah bermula pada awal tahun lagi. semoga dengan usaha dan pengorbanan yang dihulurkan setiap jentera paenggerak akan membuahkan hasil yang memuaskan bukan sahaja kepada kumpulan sasaran,malah kepada jawatankuasa yang terlibat.

Berbicara mengenai garak kerja dalam melaksanakan program, semenjak tahun pertama pengajian lagi aku telah dilatih oleh abang-abang dan kakak-kakak senior untuk mengendalikan program-program yang bukan biasa majlisnya. Majlis yang dihadiri oleh vip-vip bukannya sesuatu yang biasa dikendalikan oleh pelajar tahun pertama seperti kami pada waktu itu. Sekarang, aku masih lagi bergelar pelajar IPT dan telahpun melangkah ke tahun pengajian yang ke-3. Aku masih lagi disibukkan dengan kerja-kerja program namun kali ini, aku sudah mampu untuk berfikir dengan lebih matang. Program yang dirancang bukan lagi sekadar untuk mengisi kalendar yang padat dengan perancangan...

Strategi kali ini menuntut aku untuk lebih kreatif dan kritis dalam merancang program. Setiap program yang akan dijalankan tidak akan terlepas daripada unsur dakwah dan tarbiyah. Apa yang paling penting bagi aku sekarang adalah untuk menggunakan kuasa yang ada seoptimum mungkin dalam merealisasikan agenda dakwah dan tarbiyah. Mungkin ramai yang tidak senang dengan cara aku berinteraksi ataupun bermuamalat dengan orang ramai, namun aku tahu itulah cara yang terbaik buat diriku dan rakan-rakan. Aku pernah dianggap tidak boleh menerima pandangan orang tapi semuanya itu telah beres ku selesaikan. Orang ramai makin boleh memahami sifat dan sikapaku yang sebenar. Sebenarnya prinsip yang aku pegang adalah belas ehsan dan kasih sayang. Aku amat pasti prinsip yang telah lama aku pegang ini adalah selaras dengan apa yang Agama inginkan. Suatu kepastian yang amat sangat bahawasanya setiap resepi Agama akan menghasilkan kejayaan dan kesejahteraan.

"AKU REDHA ALLAH ITU TUHANKU, DAN ISLAM ITU AGAMAKU, DAN NABI MUHAMMAD ADALAH NABI DAN JUGA RASUL"

3 perkara lebih baik daripada 3 perkara

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan pada Allah atas kewujudan blog baru ini yang tumbuh dicelah ribuan malah jutaan blog lain yang sudah lama wujud dalam dunia bloggers. Salam perjuangan buat semua bloggers yang tidak jemu menulis dan berkongsi ilmu serta pandangan dalam meraih keredhaan Allah S.W.T.
Menyentuh tajuk yang terpapar, sedikit ilmu yang dapat saya cedok daripada siri kuliyah yang diikuti selepas solat asar baru-baru ini, penyampai ilmu tersebut telah menyatakan sesuatu yang amat memberi kesan kepada hamba ALLAH yang kerdil lagi hina ini. 3 GOLONGAN YANG LEBIH BERNILAI AMALANNYA DISISI ALLAH DARIPADA 3 GOLONGAN YANG LAIN. Pertama, orang miskin yang pemurah lebih baik daripada orang kaya yang pemurah. Kedua, orang kaya yang tawadhu' lebih baik daripada orang miskin yang tawadhu'. Ketiga, orang muda yang bertaubat lebih baik daripada orang tua yang bertaubat. Mudah-mudahan, mutiara hikmah ini dapat memberikan kita suatu suntikan semangat yang baru agar dapat berada bersama salah satu golongan yang mendapat lebih perhatian daripada Allah S.W.T.