Tuesday, July 29, 2008

perjalanan yang memenatkan

Dalam sebuah lagu nasyid, ada dinukilkan bait-bait lirik yang mampu mencetuskan sinar harapan dan semangat ke dalam hati setiap pendengarnya yang disibukkan dengan pelbagai kerja dakwah seharian. Bunyinya lebih kurang macamni ye..."Mengharungi samudera kehidupan. Kita ibarat para pengembara. Hidup ini adalah perjuangan. Tiada masa untuk berpangku tangan. Setiap titis peluh dan darah. Tak akan sirna ditelan masa. Segores luka dijalan Allah, kan menjadi saksi pengorbanan"
Lirik-lirik lagu sebeginilah yang akhirnya menjadi sumber semangat buat diriku yang sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Disaat aku alpa, pasti kucuba bisiskkan hati kecilku supaya mengalunkan lagu-lagu tarbiyah yang meruntun jiwa dan perasaan yang tersemat jauh di lubuk hati.

Tanggal 4ogos 2008, bermulalah program yang dikenali sebagai "Islamic Intellectual Discourse" ataupun dalam Melayunya "Diskusi Intelektual Islam". Melalui program inilah, penggerak utama program termasuk aku akan menuai benih yang telah disemai sejak sekian lama melalui perjalanan program yang akan bermula tidak lama lagi. Perancangan untuk menjayakan program ini telah bermula pada awal tahun lagi. semoga dengan usaha dan pengorbanan yang dihulurkan setiap jentera paenggerak akan membuahkan hasil yang memuaskan bukan sahaja kepada kumpulan sasaran,malah kepada jawatankuasa yang terlibat.

Berbicara mengenai garak kerja dalam melaksanakan program, semenjak tahun pertama pengajian lagi aku telah dilatih oleh abang-abang dan kakak-kakak senior untuk mengendalikan program-program yang bukan biasa majlisnya. Majlis yang dihadiri oleh vip-vip bukannya sesuatu yang biasa dikendalikan oleh pelajar tahun pertama seperti kami pada waktu itu. Sekarang, aku masih lagi bergelar pelajar IPT dan telahpun melangkah ke tahun pengajian yang ke-3. Aku masih lagi disibukkan dengan kerja-kerja program namun kali ini, aku sudah mampu untuk berfikir dengan lebih matang. Program yang dirancang bukan lagi sekadar untuk mengisi kalendar yang padat dengan perancangan...

Strategi kali ini menuntut aku untuk lebih kreatif dan kritis dalam merancang program. Setiap program yang akan dijalankan tidak akan terlepas daripada unsur dakwah dan tarbiyah. Apa yang paling penting bagi aku sekarang adalah untuk menggunakan kuasa yang ada seoptimum mungkin dalam merealisasikan agenda dakwah dan tarbiyah. Mungkin ramai yang tidak senang dengan cara aku berinteraksi ataupun bermuamalat dengan orang ramai, namun aku tahu itulah cara yang terbaik buat diriku dan rakan-rakan. Aku pernah dianggap tidak boleh menerima pandangan orang tapi semuanya itu telah beres ku selesaikan. Orang ramai makin boleh memahami sifat dan sikapaku yang sebenar. Sebenarnya prinsip yang aku pegang adalah belas ehsan dan kasih sayang. Aku amat pasti prinsip yang telah lama aku pegang ini adalah selaras dengan apa yang Agama inginkan. Suatu kepastian yang amat sangat bahawasanya setiap resepi Agama akan menghasilkan kejayaan dan kesejahteraan.

"AKU REDHA ALLAH ITU TUHANKU, DAN ISLAM ITU AGAMAKU, DAN NABI MUHAMMAD ADALAH NABI DAN JUGA RASUL"

No comments: