Tuesday, July 29, 2008

3 perkara lebih baik daripada 3 perkara

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan pada Allah atas kewujudan blog baru ini yang tumbuh dicelah ribuan malah jutaan blog lain yang sudah lama wujud dalam dunia bloggers. Salam perjuangan buat semua bloggers yang tidak jemu menulis dan berkongsi ilmu serta pandangan dalam meraih keredhaan Allah S.W.T.
Menyentuh tajuk yang terpapar, sedikit ilmu yang dapat saya cedok daripada siri kuliyah yang diikuti selepas solat asar baru-baru ini, penyampai ilmu tersebut telah menyatakan sesuatu yang amat memberi kesan kepada hamba ALLAH yang kerdil lagi hina ini. 3 GOLONGAN YANG LEBIH BERNILAI AMALANNYA DISISI ALLAH DARIPADA 3 GOLONGAN YANG LAIN. Pertama, orang miskin yang pemurah lebih baik daripada orang kaya yang pemurah. Kedua, orang kaya yang tawadhu' lebih baik daripada orang miskin yang tawadhu'. Ketiga, orang muda yang bertaubat lebih baik daripada orang tua yang bertaubat. Mudah-mudahan, mutiara hikmah ini dapat memberikan kita suatu suntikan semangat yang baru agar dapat berada bersama salah satu golongan yang mendapat lebih perhatian daripada Allah S.W.T.

No comments: